Sekarang kita berkenalan pula dengan Kulit Jenis Kering- Kulit jenis ini memerlukan lebih pelembap.Krim pelembap tahap tinggi perlu sentiasa dibawa kemana sahaja oleh pemilik kulit ini.Langkah ini perlu kerana cuaca yang kadangkala panas,menyebabkan kelembapan hilang.Sentiasa bertemankan penghawa dingin juga antara faktor penyumbang situasi ini.Untuk mencuci muka pula,disaran menggunakan pencuci muka jenis buih.Cuci dengan perlahan-lahan sahaja dengan tangan atau gunakan kapas muka jika ada.Kulit jenis kering ini mempunyai liang roma kecil namun garis-garis halus akan kelihatan di dahi,muka dan garisan senyuman,juga mungkin di sekitar lingkaran mata.