Sesetengah orang masih tidak dapat mengenalpasti,apakah jenis kulit muka sehinggakan tersilap memilih produk perawatan muka seharian.Diharapkan dengan info yang dipaparkan disini dapat digunapakai untuk sesiapa sahaja yang masih tertanya-tanya tentang jenis kulit mereka..Jom kita lihat sama-sama.. 1- KULIT JENIS KOMBINASI- kulit jenis ini kelihatan normal namun bermiyak di bahagian pipi atau di bahagian zon-T. Buat makluman yang masih tidak tahu tentang zon-T,bahagian ini adalah hidung dan dahi.Zon-T tadi akan cepat terdedah dengan masalah jerawat dan liang roma pula akan nampak besar.Bagi kulit jenis ini,disyorkan pencuci muka biasa pada waktu pagi manakala pada waktu petang pula disaran menggunakan pembersih jenis krim,untuk melembapkan kulit yang kering.Gunakan losen penegang kulit di bahagian muka yang berminyak sahaja,manakala di bahagian kering pula,digalakkan sapuan krim penyegar & pelembap.Tips hari ini: Jangan menggosok kulit dengan kuat ketika mencuci muka kerana tindakan ini hanya akan menyebabkan jerawat bertambah banyak..so hati-hati kalau pergi buat rawatan muka..kadangkala pekerja pusat kecantikan biasa,akan mencuci muka anda dengan kuat juga..mungkin mereka ingat dengan cara ini mereka akan dapat menyingkirkan jerawat anda dengan serta-merta.Padahal tindakan ini akan mengundang jerawat tumbuh lebih banyak..jerawat yang tidak sepatutnya dipicit juga,akan dipaksa meninggalkan konti muka..saya tidak pula kata semua pusat rawatan sebegitu,namun segelintir masih mengamalkannya.samada sebelum pelanggan datang,mereka telah dimarahi boss ataupun memang mereka suka lihat pelanggan bermasalah datang berulangkali ke tempat tersebut(untuk membuat rawatan susulan)