Friday, 11 May 2012

Info Tentang Kulit Muka

Jom kenali Kulit Jenis berminyak- Kulit jenis ini cepat berjerawat disebabkan oleh pengeluaran sebum yang aktif dan membuatkan liang roma nampak besar dan wajah juga kadangkala nampak berkilat.Tapi yang menariknya,ada pendapat mengatakan: Susah nampak tua atau pendek kata,awt muda. Ye ke..? kalaulah ini benar,maka ini adalah berita baik di sebalik kesedihan pemilik kulit jenis berminyak ini..So kita enjoy..!     Bagi penjagaan muka pula,jangan mencuci dengan kaedah sentalan ataupun di cuci dengan kuat kerana ini akan menyebabkan kulit tambah berjerawat..Selepas mencuci muka,jangan lupa untuk Toner sekata dengan perlahan dan selepas itu barulah disapu dengan losen penegang kulit.Bagi krim pelembap muka pula di saran menggunakan krim kurang minyak dan kuantiti air yang rendah. So sekarang,bolehlah kita semua memilih produk mana satu yang bersesuaian untuk diaplikasikan pada kulit muka. Tapi masalah besar juga kalau yang di impikan produk lain tapi promoter kedai kecantikan sarankan produk lain.Kalau pengetahuan mereka tentang produk memang benar-benar bersesuaian dengan kulit kita,tak apa lah juga tetapi kebiasaannya tidak begitu..Part ni saya tidak saran apa-apa,terpulang kepada anda samada hendak beli produk yang mana satu..

Info Tentang Kulit Muka

Sekarang kita berkenalan pula dengan Kulit Jenis Kering- Kulit jenis ini memerlukan lebih pelembap.Krim pelembap tahap tinggi perlu sentiasa dibawa kemana sahaja oleh pemilik kulit ini.Langkah ini perlu kerana cuaca yang kadangkala panas,menyebabkan kelembapan hilang.Sentiasa bertemankan penghawa dingin juga antara faktor penyumbang situasi ini.Untuk mencuci muka pula,disaran menggunakan pencuci muka jenis buih.Cuci dengan perlahan-lahan sahaja dengan tangan atau gunakan kapas muka jika ada.Kulit jenis kering ini mempunyai liang roma kecil namun garis-garis halus akan kelihatan di dahi,muka dan garisan senyuman,juga mungkin di sekitar lingkaran mata.

Info Tentang Kulit Muka

Sesetengah orang masih tidak dapat mengenalpasti,apakah jenis kulit muka sehinggakan tersilap memilih produk perawatan muka seharian.Diharapkan dengan info yang dipaparkan disini dapat digunapakai untuk sesiapa sahaja yang masih tertanya-tanya tentang jenis kulit mereka..Jom kita lihat sama-sama..          1- KULIT JENIS KOMBINASI- kulit jenis ini kelihatan normal namun bermiyak di bahagian pipi atau di bahagian zon-T. Buat makluman yang masih tidak tahu tentang zon-T,bahagian ini adalah hidung dan dahi.Zon-T tadi akan cepat terdedah dengan masalah jerawat dan liang roma pula akan nampak besar.Bagi kulit jenis ini,disyorkan pencuci muka biasa pada waktu pagi manakala pada waktu petang pula disaran menggunakan pembersih jenis krim,untuk melembapkan kulit yang kering.Gunakan losen penegang kulit di bahagian muka yang berminyak sahaja,manakala di bahagian kering pula,digalakkan sapuan krim penyegar & pelembap.Tips hari ini: Jangan menggosok kulit dengan kuat ketika mencuci muka kerana tindakan ini hanya akan menyebabkan jerawat bertambah banyak..so hati-hati kalau pergi buat rawatan muka..kadangkala pekerja pusat kecantikan biasa,akan mencuci muka anda dengan kuat juga..mungkin mereka ingat dengan cara ini mereka akan dapat menyingkirkan jerawat anda dengan serta-merta.Padahal tindakan ini akan mengundang jerawat tumbuh lebih banyak..jerawat yang tidak sepatutnya dipicit juga,akan dipaksa meninggalkan konti muka..saya tidak pula kata semua pusat rawatan sebegitu,namun segelintir masih mengamalkannya.samada sebelum pelanggan datang,mereka telah dimarahi boss ataupun memang mereka suka lihat pelanggan bermasalah datang berulangkali ke tempat tersebut(untuk membuat rawatan susulan)